Selamat Hari Raya

IMG-20130806-WA0008

Assalamualaikum…

Atas dasar kerana puasa Ramadhan seseorang belum tentu diterima oleh Allah,
maka ucapan selamat yang diajarkan oleh Rasulullah sesama muslim bersua di hari Idul Fithri :

”Taqobalallahu minna waminkum,
waja’alana minal aidil wal faizin”,

“Semoga Allah menerima amalan ramadhan saya dan anda sekalian,
dengan demikian kita akan menjadi orang yang kembali

(1. kepada Sang Pencipta bagi yang dipilih)

“Hai manusia! Sesungguhnya engkau harus berusaha dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, hingga engkau menemuiNya”. (QS Al Insyiqaaq 84 : 6)

“Kamu akan kembali menemui-Nya, sebagaimana Ia menciptakan pada mulanya”. (QS Al A’raaf 7 : 29).

“Puasa adalah milikKu dan Aku yang paling berhak memberikan ganjaran untuknya”. (Al Shawm li wa-ana ajabihi) (Hadits Qudsi).

(2. kepada kebahagian dan ketenangan bagi para pencari kerana telah beroleh Kemenangan atas penaklukan hawa nafsu selama berpuasa di bulan Ramadhan)”

“Barangsiapa yang melaksanakan ibadah puasa selama satu bulan penuh dengan penuh keimanan kepada Allah maka apabila ia memasuki Idul Fitri ia akan kembali menjadi fitrah seperti bayi dalam rahim ibunya”. (HR Bukhari).

“Banyak orang berpuasa, hendaknya telingamu berpuasa dan juga matamu, lidahmu dan mulutmu, tanganmu dan setiap anggota tubuhmu”. (Hadits).

Hai manusia! Sesungguhnya kamu harus berusaha dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, hingga kamu menemui-Nya”. (QS Al Insyiqaaq 84 : 64).

‘Barangsiapa yang mengharapkan bertemu dengan Allah, maka suatu saat waktu yang dijanjikan Allah akan tiba”. (QS Al Ankabuut 29 : 5).

(3. kepada sedia kala bagi yang tidak mengerti)

“Banyak orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh kebaikan dari puasanya kecuali lapar dan haus”. (Hadits).

Selamat Hari Raya dan Maafkan saya zahir dan batin.

(Mana nak cari lemang lagi nih… Stock habis.!!! 😉