About

Assalamualaikum

Bismillah hirRahman nirRahim

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing

jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga).

Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Surah Al-A’raf (7:176)

□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

‘Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);’

‘Kerana orang yang takut (Allah) akan menerima peringatan itu;’

‘Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,’

Al-Quran (Al-A’laa 87:9-11)

□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

‘Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah)

hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran

serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan.

Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.’

Al-Quran (Yaasiin 36:11)

□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

Ikutilah Al Quran dan Sunnah Rasulullah.. tidak akan sesat selamanya. ..

Janganlah terlalu mengagungkan guru, kerana yang sebenar-benar guru adalah diri kamu sendiri.

Dapatkanlah pembimbing yang makrifat mengenali Allah, Rasulullah, Al Quran. ..

Dan dapatkanlah segera, walaupun engkau terpaksa merangkak atas salji…

Kerana engkau tidak dapat menentukan walau satu saat pun apa yang akan terjadi selepas ini.

□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

Yaasiin

[20]

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu –

[21]

“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.

□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

Wali (pembimbing) mursyid yang mengikuti Muhammad Rasulullah. ..

Allah s.w.t. dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi :

“Wali-waliKu berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku”.

Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali (muqarrabin) Allah. Baginda mengatakan “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat Allah”.

‘Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).’

Al-Quran (Al Maidah 5:55)

□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

Website:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s