Selawat tanpa saidina

Selawat tanpa saidina

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

Surah Al-Ahzab (33:56)

#1 Agenda terancang: pemesongan halus yahudi dan nasrani. Buatlah suatu kesalahan sebesar zarah….tapi berpanjangan

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. (sedangkan kamu mengenal Rasulullah sebatas nama, sifat, perbuatan dan sejarahnya sahaja) Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.

Surah Al-Baqarah (2:146)

Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

#2 Dalil apa yang Rasullullah katakan 73 pecahan Islam Akhir zaman….

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang berada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.

Al-An`aam:116

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:

“وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ قِيْلَ مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَهْلُ السَّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ”.

Terjemahan:

“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah? Nabi bersabda: Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah”.

[Diriwayatkan oleh al-Tabarani]

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:

“عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَفَرَّقَتْ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَالنَّصَارَىْ مِثْلَ ذَلِكَ وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً”.

Terjemahan:

“Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau berkata: bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihai wasallam bersabda: Orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan dan Nasrani seperti itu juga, dan Umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan”.

[Diriwayatkan oleh al-Tirmizi]

Semua orang Islam pun mengaku dia Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah…. Jadi nak rujuk siapa?

Rujuk kepada sumber  yang ada jaminan takkan sesat selamanya….

#3 Apa kata yang empunya diri? … kenal dia.. kenal dia… kenal dia…. Seperti kamu kenal anak-anak kamu sendiri.

Anas bin Malik r.a. berkata,

“Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi was Sallam seraya berkata: “Ya Muhammad! Ya Sayyidina Ibni Sayyidina! Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada yang terbaik di kalangan kami!” Rasulullah menjawab: “Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau.

Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya;

dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku”.”

(Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no. 12551, jil. 3, m/s. 153.

Awas, janganlah berbuat sesuatu yang Rasullullah tak suka. Siapa engkau yang hendak menetapkan hukum selain Allah, Rasullullah, Al-Quran dan hadis????

Kiasnya : cuba engkau letakkan diri Rasulullah dalam engkau sendiri . kau ada sesuatu yang engkau tak suka orang sebut. Walaupun ianya benar. bagaimana engkau rasa apabila orang sebut juga…

Fikir… Dapatkan pembimbing yang benar.

#4 Jangan khianat dan memandai-mandai

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

Surah Al-Anfal (8:27)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu (memandai-mandai) mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Hujurat (49:1)

Masih ada Iblis, syaitan, jin dan hawa nafsu yang membisikkan was-was kepadamu?

#5 Berikut adalah contoh selawat tanpa Saidina daripada hadis:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ

“Ya Allah, berilah rahmat kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Berilah berkah kepada Muhammad dan keluarganya (termasuk anak dan isteri atau umatnya), sebagai-mana Engkau telah memberi berkah kepada Ibrahim dan keluarganya. Se-sungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Fathul Bari, 6/408)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

“Ya Allah, berilah rahmat kepada Muhammad, istri-istri dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim. Beri-lah berkah kepada Muhammad, istri-istri dan keturunannya, sebagaimana Eng-kau telah memberkahi kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Fathul Bari, 6/407 dan Imam Muslim meriwayatkannya dalam kitabnya, 1/306. Lafazh hadis tersebut menurut riwayat Muslim)

#6 Pandangan ahli kasyaf

Iaitu mereka …

“Yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.” (Al-Kahfi: 65)

Allah berfirman melalui rasul-Nya:

Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah kubah-Ku.

Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku.

Dia kurniakan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Barangsiapa dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebajikan yang banyak. (Surah Baqarah, ayat 269).

Mereka mereka ini kasyaf, iaitu dapat melihat bukan setakat lapisan kebendaan yang zahir, tetapi hijabnya diangkat sehingga dapat melihat yang batinnya juga… Contohnya cahaya selawat …

perbandingan cahaya selawat dengan saidina dan tanpa saidina ialah hanyalah sebesar jarum… Berbanding dengan cahaya selawat tanpa saidina…. selawat yang sikit sebesar bola… (bergantung kepada tahap Islam, iman dan ehsan seseorang)

#7 Ya Allah engkau menjadi saksi aku telah menyampaikan…

Terpulanglah kepada diri masing masing buatlah kesimpulan.

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.”

(HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha’ – no: 1619)

Ingat… Bukan ustaz… Bukan imam… Bukan guru…Bukan kitab online, cut and paste menentukan Iktikad kamu…

Semuanya akan ditanyai kelak…

Guru yang sebenar benar guru ada dalam dada dan atas kepala kamu…

Selamat beribadah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s