Akhlak. Moral.

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempelopori tauhid, tapi terlebih dulu membina akhlak mulia, kesucian jiwa.

Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sungguh, aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia.” (HR. Baihaqi dan Al-Hakim).

Anas RA berkata, “Sungguh, Rasulullah SAW benar-benar manusia dengan akhlak yang paling mulia. (HR Bukhari-Muslim).

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, “Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran.” (HR Muslim).

Al hadis; Muhammad adalah Al-Quran bergerak.

Sebagaimana kita ummat mengaku mengenal Rasullullah, kita juga dituntut untuk kenal dan sempurnakan akhlak Rasullullah, Al-Quran….

Adakah kita ghairah/ passion nak mencapainya?

Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka. Surah Al-Ma’idah (5:66)

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (Al-Quran), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. Surah Al-Hadid (57:16)

PENYUCIAN DIRI

Dua jenis penyucian:

  • Pertama penyucian zahir, dilakukan dengan membasuh tubuh dengan air mutlak.
  • Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan sedar kekotoran di dalam diri, sedar dosa dan bertaubat dengan ikhlas . Penyucian batin perlu dibimbingan.

Nabi s.a.w bersabda, “Pada setiap pembaharuan wuduk Allah perbaharui kepercayaan hamba-Nya yang cahaya iman digilap dan memancar dengan lebih bercahaya” . Dan, “Mengulangi bersuci dengan wuduk adalah cahaya di atas cahaya”.

Kesucian batin boleh hilang, dengan sifat buruk iblis, syaitan dan hawa nafsu yang buruk perangai, sombong, takabur, menipu, mengumpat, fitnah, dengki dan ammarah. Sedar dan tidak sedar ia beri kesan kepada roh: bibir berdusta, telinga dengar umpat dan fitnah, tangan memukul, kaki berjalan kepada kejahatan.

Nabi s.a.w bersabda, “Mata juga berzina”. Panah syaitan berada di MATA. Dari mata turun ke hati. Hati merosakkan otak…

Al Baqarah

14. dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: ” Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)”.

15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

16. mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk;

Bila kesucian rohani batal, wuduknya adalah . taubat yang ikhlas, sedar kesalahan sendiri, . menyesal, disertai air mata yang membasuh jiwa, . berazam tak ulangi lagi, tinggalkan semua kesalahan, dengan memohon keampunan Allah, . berdoa agar Dia mencegah daripada buat dosa lagi.

Solat menghadap Allah. Berwuduk, di dalam kesucian, syarat untuk solat. Penyucian zahir tidak cukup sebab Allah melihat ke dalam lubuk hati, yang perlu wuduk dengan cara bertaubat.

Firman Allah: “Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu, untuk tiap-tiap orang yang bertaubat, yang menjaga (batas-batas)”. (Surah Qaaf, ayat 32).

Penyucian tubuh dan wuduk zahir terikat dengan masa kerana perkara yang membatalkan wuduk. Penyucian alam batin, wuduk bagi diri tidak kelihatan, tak tentu masa. Ia untuk seluruh kehidupan abadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s