Pilihanraya sudah tamat. Sekarang adalah masa untuk bersatu.

Taat Pada Allah, Rasulullah dan Pemimpin.
Fahamilah, ini adalah asas kesatuan umat akhir zaman.

‘Wahai orang-orang yang beriman!
• Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara)
• sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya;
• dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
• sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
• lagi Maha Mengetahui.’
Al-Quran (49:1)

Qutaibah bin Said telah menceritakan kepada kami, Laith telah menceritakan kepada kami. Di dalam jalur lain disebutkan bahawa Muhammad bin Rumh telah menceritakan kepada kami, Laith telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW bersabda :
• “Ketahuilah bahawa setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya.
• Seorang pemimpin yang memimpin manusia akan bertanggungjawab ke atas rakyatnya.
• Seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarganya, dan dia bertanggungjawab ke atas mereka semua.
• Seorang wanita juga pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggungjawab ke atas mereka semua.
• Seorang hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya, dan dia bertanggungjawab atas harta tersebut.
• Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab ke atas kepemimpinannya.”

Dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis:
Surah An-Nisa
[59] “Wahai orang-orang yang beriman,
• taatlah kamu kepada Allah
• dan taatlah kepada Rasulullah
• dan kepada “Ulil-Amin” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.

Abu Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa’ di atas sebagai ‘golongan pemerintah’ (Tafsir Al-Tabari).

“Sesiapa yang taat kepada Ku,
• beerti ia taat kepada Allah,
• sesiapa yang derhaka kepadaKu
• bermakna dia derhaka kepada Allah;
• sesiapa yang taat kepada pemerintah
• bermakna ia taat kepadaKu,
• dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah
• bermakna ia derhaka kepadaKu.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

“Kamu akan diperintah oleh pemerintah-pemerintah selepas aku;
• yang baik akan memerintah kamu dengan kebaikannya
• dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya,
• maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran;
• sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka;
• tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan.”
(AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

“Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah,
• ia menemui Allah tanpa sebarang hujah,
• sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah,
• mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)”. (Riwayat Muslim)

“Taatilah kepada pemerintah kamu
• bagaimanapun keadaannya
• sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu,
• maka mereka akan diberi pahala
• dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka;
• sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu,
• maka dosanya ditanggung oleh mereka
• dan kamu terselamat dari dosa.”
(Riwayat Al-Tabari)

“Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah
• yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad,
• maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka
• dan halallah bagi kami mengikut mereka”.
(Riwayat Al-Tabrani)

“Sesiapa yang datang kepada kamu
• pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah,
• ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu,
• maka hendaklah ia dibunuh.”
(Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa’I)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah.
• Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan, dia bukanlah umatku.
• Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”
(Muslim)
Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat yang mentaati pemimpin dan pemerintah.

Dalil Akal:
Islam “tidak akan dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah yang ditaati” (Imam al-Ghazali, al-Iqtisad dan Fi al-I’tiqad).
Mentaati ketua adalah “sebahagian dari asas-asas utama bagi syariat Islam yang suci dan benar ini” (al-Absyihi al-Mustatraf).

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata:
• “..kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta’ala.
• Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa.
• Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah.”
[Al-Wajiiz fii ‘Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Penutup:
‘Sebahagian (dari umat manusia)
• diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi peringatan-peringatan);
• dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri),
• kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah.
• Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.’
Al-Quran (7:30)

‘Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya
• lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama);
• mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah
• dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.’
Al-Quran (39:18)

… Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
Al-Quran (4:87)

Rasulullah (s.a.w) bersabda:
‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku
• sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka.
• Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab),
• 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
• Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
• Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi)

“.. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu,
maka ambillah akan dia serta amalkan,
dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya …”
(7, Al-Hasyr).

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya,
iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).
(Imam Malik).

One thought on “Pilihanraya sudah tamat. Sekarang adalah masa untuk bersatu.

  1. Seharusnya kita ingatkan diri kita…
    Tak bergerak sebesar zarah melainkan kehendak dan ketentuan Allah. ..(takdir Allah)

    Dalam bab takdir semua ni dah tersurat dan tersirat …

    Kalau kita berpegang pada Allah, Rasulullah dan Al Quran Hadis. ..
    Tidak ada kebimbangan. …

    …mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan. An Nisaa 19
     peace, no war

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s