Cerdik dan Lemah Canguk

As Salam…
Orang yang bijak, cerdik & cergas ialah
orang yang sentiasa muhasabah diri (plan-do-check-action),
beramal untuk kehidupannya selepas mati.
Orang yang lemah canguk (lembab) ialah orang yang
membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu,
pada masa yang sama dia malas berusaha,
tapi berdoa mengharapkan, mengangankan benda2 yang Allah boleh beri padanya dengan mudah2…

Hadis riwayat Ibnu Majah…

Consistent

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya :
” Saya pernah bertanya Rasulullah SAW :
Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau.

Sabda Rasulullah SAW :
‘ Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.’ “