Islam & Jahil

Islam & Jahil

  • Mengikuti Islam yang ilmunya terkandung dalam hal Fekah, Tauhid & Tasawuf, adalah perjalanan menuju kesejahteraan, keredhoan Allah…
  • Mengikuti selain Islam secara menyeluruh adalah jahil.
  • Tak mengikut pedoman Al Quran & Sunnah bermakna ikut hawa nafsu… Inilah maknanya jahil…Bukannya bodoh/ bangang/ bahlul/ tak pandai dari sudut ilmu pengetahuan…
  • Contoh1: Yahudi Zionist sangat pandai dalam hal duniawi…lebih pandai & bijak dari kita… tapi jahil…
  • Contoh2: Si fulan Islam, melakukan ketaatan dalam hal feqah spt solat, puasa dan sebagainya…Tapi tak merasakan Allah swt MENGUASAI, MEMILIKI & MENTADBIR KITA SEMUA…menyebabkan si fulan cenderung mengikut nafsu dalam hal duniawi… Maka ini namanya juga Jahil….

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu

  • masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
  • masa sihat engkau sebelum dilanda sakit,
  • masa kaya engkau sebelum jatuh papa,
  • masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk,
  • dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”

Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari... sampai mati...Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari… sampai mati…

Advertisements

Tergesa-gesa yang disunnahkan…

As Salam…
Tergesa-gesalah dalam 5 perkara:

1. Menyediakan makanan bila tetamu datang.
2. Menyelenggarakan jenazah bila kematian.
3. Mengahwinkan anak dara bila orang sholeh datang meminang.
4. Menjelaskan hutang bila sampai waktu dijanjikan.
5. Bertaubat bila melakukan dosa.

Janganlah ditangguh-tangguh…
mudah-mudahan…

TERTIB DALAM MENCARI ILMU

by Marrskip Marsitah on Friday, December 3, 2010 at 8:31am

Islam itu mudah, kadang-kadang kita tidak memahami dengan telus, kadang-kadang kita terikat dengan guru. Cuba perhatikan betul-betul sebenar nya al Quran dan Hadis itu beriringan dan kenapa kita perlu memahami beribu ribu-hadis..al Quran itu wahi Allah di sampaikan Jibrail kepada Muhammad tanpa huruf, tanpa baris tetapi bunyi nya ada iaitu QALAM..rujuk surah at-Takwir ayat 19-25..Kita wajib mengetahui asal usul al Quran itu sendiri.. dan kadang kala tasdiq hati kita tidak telus..kita wajib tasdiq kan dalam hati kita..hendak Allah dan Rasul Nya..

Baru kita mengucap dua kalimah syahadah tanpa putus, hanya sekali nafas..dan kadang-kadang kita tidak memikirkan tentang tata tertib nya kita mencari ilmu..dengan membelakangi kedua ibu bapa kita.. kita lebih taksub kepada guru..kata Nabi saw..barang siapa tidak tertib dia bukan ahli sunnah ku..dan sebenar-benar guru adalah diri kamu…juga tentang urutan ilmunya mesti tersusun. Walaupun di dalam Al quran susunan tidak teratur kita yang mengatur susunan nya dan Al quran itu yang tertulis itu tdak mencukupi 6666..hanya 6326 ayat di mana selebih nya..bila di amati dalam Alquran ada surah ISRA`dan AR-RAHMAN…sedangkan Nabi saw ada isra`dan mikraj nya dan sifat Allah ada Ar-rahman dan Ar-rahim nya…justeru itu kita lah pelengkap Al-Quran itu..kerna kita Mikraj melalui Rahim ibu jadi nya kita pelengkap 6666..rujuk surah At-Thoriq…justeru itu kita wajib berakad kepada kedua ibu bapa kita…mohon ampun dan maaf segala kesilapan, halal makan dan minum.

Sesudah kita membersih kan diri dari 5 perkara :

1.tangkal

2.mentera.

3.wafa`

4.azimat

5.barang-barang berkhadam

Perkara di atas wajib di buang sbb Nabi saw tidak mengajar kita sedemikian.

Baru lah kita mengambil 5 perkara :

1. sucikan diri

2. sucikan hati

3. sucikan ugama[Islam]

4. taat kepada Allah dan Rasul

5.taat kepada kedua ibu bapa. *[isteri] taat kepada suami.

Baru kita berakad kepada kedua ibu bapa kita dengan duduk berhadapan dengan mereka dan lafazkan :

1.Redhokan Allah itu Tuhan bagi saya.

2.Redhokan Islam ugama bagi saya

3.Redhokan Muhammad itu Nabi dan Rasul bagi saya.

4.Redhokan Al Quran itu imam ikutan bagi saya

5.Redhokan Kaabah Baitullah itu Kiblat bagi saya.

6.Redhokan sekelian muslimin muslimat ..mukminin dan mukminat saudara bagi saya dunia dan akhirat.

Kerna keredhoan Allah dan rasul datang dari keredhoan kedua ibu bapa..baru lah kita masuk satu lagi sessi.

MAN AROFA NAFSAHU FAQOD AROFA ROBBAHU..Barang siapa mengenal diri nya nescaya kenal robb nya..

* kepada yang telah berkahwin berakadlah kepada istri :

WAHAI ISTERIKU………(nama) TELAH SAH NYA KAMU SEBAGAI ISTERI AKU DUNIA DAN AKHIRAT..KEMANA SAJA KAMU PERGI DILANGIT ALLAH DI LAUTAN ALLAH DAN DI BUMI ALLAH AKU REDHO KAMU DUNIA SAMPAI AKHIRAT ..BAGI TUJUAN YANG BAIK BAGI JALAN ALLAH DAN RASUL NYA…JALAN YANG BERTENTANGAN JALAN ALLAH DAN RASUL NYA AKU TIDAK REDHO KAMU DUNIA SAMPAI AKHIRAT..

Keredhoan isteri datang nya dari keredhoan suami..dan keredhoan Allah dan Rasul nya..

Sumber : I.B.M.

Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari... sampai mati...

Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari... sampai mati...

Sumber:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100002810481520#!/note.php?note_id=466441762774

Nur Muhammad – Permulaan Penciptaan Alam

Sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w :
sebelum sekalian alam ini di ciptakan, Allah ciptakan siapa dahulu?

Sabda Nabi SAW Allah ciptakan cahaya ku (Nur Muhammad) dahulu…

Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya:
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku.
Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.(Nur Muhammad)
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.

Al Maa-idah: 15 .
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, CAHAYA dan kitab yang menerangkan”.

Yaasiin: 82.
Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “, maka ia terus menjadi.

Apabila Allah menilik Nur Muhammad maka gementarlah ia sehingga mengeluarkan peluh. Dengan titisan peluh Nur Muhammad itulah terjadinya sekalian alam. Dalam 6 hari, 6 waktu, 6 detik, 6ketika. Amat mudah bagi Allah untuk menciptakan sesuatu.

6 6 6 6

6 6 6 6

Asy Syuura: 11.
Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi;
ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri,
dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu);
Dengan jalan Yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua.
tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)
dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Nabi s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya,
“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku” .

Diriwayatkan dari Ibnu Asakir daripada Salman Al-Farisi r.anhu sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, Allah berfirman dalam hadith Qudsi
“Wahai Muhammad, Aku telah mengambil Ibrahim sebagai KhalilKu, sesungguhnya aku telah mengambil engkau sebagai kekasih-Ku,
dan Aku tidak ciptakan sesuatu makhluk yang lebih mulia dari engkau di sisiKu
dan aku ciptakan dunia serta seisinya supaya mereka mengetahui kemuliaan dan kedudukanmu di sisiKu,
kalaulah tidak keranamu wahai Muhammad,
aku takkan ciptakan dunia ini.”

Sabda Nabi: Yang bermaksud:
“Aku telahpun dilantik sebagai nabi sedangkan Adam masih antara air dan tanah (belum dicipta)”

Pada hari ini kita telah maklum bahawa permulaan alam semesta bermula dengan suatu yang dikenali sebagai Big Bang. Mengikut laporan yang yang terdapat di laman web NASA, pakar-pakar mengatakan bahawa kejadian alam bermula 12 ~ 14 billion tahun dahulu dan panjang alam ketika ia bermula mengikut apa yang saintis nampak ialah beberapa millimeter sahaja. Tetapi dalam masa yang singkat. Dalam masa yang tidak sampai satu saat ia telah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Hal ini telah di laporkan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble dengan menggunakan Hubble Telescop kemudian di sokongi oleh pakar astrofizik dari Amerika seperti Arno Penzias dan Robbert Wilson pada tahun 1965 dan begitulah juga di sokongi oleh para saintis yang lain yang semuanya mengatakan bahawa alam bermula daripada suatu yang bercantum padu sebelum berlaku letupan yang dikenali sebagai big bang dan selepas berlaku letupan itu barulah alam mengembang dan daripada situ akhirnya lahirlah bintang-bintang dan bumi lahir kemudian.

Semuanya bermula sama iaitu bermula dengan suatu titik yang sama dan berlaku letupan big bang selepas itu.

Maka al-Quran begitu hebat sekali. Telah menyatakan tentang hal ini sedangkan hal ini baru difahami pada abad yang ke-20. Sebab itu ada saintis yang mengagumi Quran. Sebagai contoh Dr Alfred Kroner, beliau pernah menjadi dekan di jabatan geologi di Institute Of Geosciences di sebuah universiti di Jerman. Beliau pernah berkata berhubung dengan ayat ini.

Katanya
“ Melihat tentang asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui bahawa langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu tentangnya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini. Itu dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuclear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu mengetahui tentangnya. Tetapi yang mengkagumkan, Muhammad mengetahui tentangnya “.

Sudah pasti nabi mengetahui tentangnya daripada Allah.

Al Anbiyaa’ 30.
dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu),
lalu Kami pisahkan antara keduanya?
dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup?
maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Berpandukan ayat ini, kita memahami bahawa alam bermula daripada satu titik yang sama. Permulaan itu di perincikan dalam satu teori yang dikenali sebagi teori big bang yang selari dengan firman
Allah swt. Ia di turunkan 1400 tahun terdahulu sedangkan teori big bang hanya wujud pada abad ke-20.

Allah maha besar. Rugilah mereka yang merasakan bahawa ego mereka yang besar.

Big Bang-Permulaan Penciptaan

Big Bang-Permulaan Penciptaan

Al A’raaf:
54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy;
ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti)
dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.
Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari... sampai mati...

Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari... sampai mati...